BROUCHER

BROUCHER

Thursday, April 10, 2008

DINDING

DINDING

Kini dinding yang dibina daripada bata lebih popular, namun bahan lain seperti konkrit, kayu dan logam juga boleh digunakan. Ini bergantung pada jenis bangunan dan bahagian dinding yang dibina.Terdapat dua jenis dinding iaitu dinding satu bata (dinding galas beban) dan dinding setengah bata (dinding galas tanpa beban.)

Dinding bata boleh dibina dengan dua kaedah, iaitu dinding padu dan dinding berongga. Dinding bata berongga dibina bertujuan supaya dapat menyerap bunyi dan kalis suhu yang terlalu panas atau sejuk.

Kekuatan dinding bata adalah bergantung pada kaedah susunan bata dan mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap dan perlu dielakkan sambungan tegak secara berterusan.


FUNGSI DINDING PADA BANGUNAN

Dinding dibina bertujuan untuk melindungi manusia atau harta benda dalam bangunan daripada cuaca seperti hujan, panas, ribut, suhu terlalu panas atau terlalu sejuk. Dinding juga berfungsi untuk melindungi bangunan daripada penceroboh.



FAKTOR-FAKTOR DALAM MEREKABENTUK PEMBINAAN DINDING

1. Kestabilan
Pembinaan dinding mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh. Kestabilan dinding bergantung pada binaan asas dan pusat gravitinya.

2. Kekuatan
Dinding mestilah berupaya menanggung beban, menahan daya mampatan dan tegangan. Kekuatan sesebuah dinding adalah bergantung pada bahan dan kaedah yang digunakan.



3. Tahan cuaca
Dinding mestilah berupaya menahan suhu yang terlalu sejuk dan panas serta dapat merintangi air hujan daripada masuk ke dalam. Ciri ini juga adalah bergantung pada bahan dan kaedah yang digunakan.

4. Rintangan kebakaran
Dinding juga perlu berupaya merintangi kebakaran. Ia bergantung pada jenis dan mutu bahan yang digunakan. Rintangan yang diberikan oleh unsure-unsur sesuatu struktur terhadap keruntuhan, penelusan api dan dan pengaliran haba semasa kebakaran dinyatakan dalam satu tempoh masa tertentu iaitu dari satu setengah hingga keenam jam.

Masa-masa rintangan yang berlainan bergantung pada saiz, keadaan dan penggunaan bangunan yang terlibat supaya masa rintangan kebakaran oleh unsur adalah mencukupi untuk penghuni menyelamatkan diri semasa kebakaran.

5. Rintangan kepada pengaliran dan penyerapan bunyi
Kebisingan dari luar akan mengganggu keselesaan dan ketenteraman penghuni didalam bangunan. Oleh itu dinding perlu berupaya menyerap bunyi. Pemilihan bahan dan kaedah binaan memainkan peranan penting dalam ciri ini.

Untuk mengelakkan pembentukan pembalikan bunyi ini maka bahan penyerap bunyi hendaklah di sediakan pada dinding dan lantai sepertu akustik atau tirai untuk menyerap gelombang bunyi.

No comments: